slider

Penyebab Masalah Kesuburan (Part 1)

Unknown


1. CARA HIDUP YANG TIDAK SIHAT

Pengambilan alkohol
Kesuburan kedua-dua lelaki dan wanita dapat terjejas kesan pengambilan alkohol yang berlebihan. Mengurangkan pengambilan alcohol boleh membantu untuk hamil.




Merokok
Lelaki yang merokok mungkin  mempunyai bilangan sperma yang lebih sedikit atau jumlah sperma abnormal yang tinggi berbanding dengan lelaki yang tidak merokok. Kesan rokok keatas wanita pula ialah mempengaruhi kesuburan dan menopaus pramasa. Merokok juga boleh menyebabkan risiko keguguran dan sakit bersalin awal . Merokok sangat berbahaya untuk kesihatan janin. Disarankan berhenti merokok sebelum hamil lagi samada lelaki mahupun wanita. 




Dadah
Kebanyakan dadah mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan bayi. Maka anda harus berhenti  dari mengambil sebarang dadah rekreasi/dilarang jika berusaha untuk hamil.




2. BERAT BADAN YANG TIDAK SIHAT SAMADA UNDERWEIGHT/OVERWEIGHT
Berat badan yang tidak sihat atau ideal boleh mempengaruhi kitaran haid anda seterusnya mengurangkan peluang untuk hamil. Bagi lelaki yang berlebihan berat badan mungkin mempunyai bilangan sperma yang sedikit dan kurang berkualiti. Kunjungi doctor atau jururawat untuk mengetahui berat badan ideal anda dan dapatkan nasihat pratikal dalam meningkatkan atau mengurangkan berat badan jika perlu.



3. PENGAMBILAN UBATAN YANG MENJEJASKAN KESUBURAN
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan lelaki yang boleh menjejaskan pengeluaran sperma atau merosakkan fungsi sperma antaranya
-antibiotik
-ubat rawatan darah tinggi/kencing manis
-ubat rawatan ulser/steroid
Sekiranya anda atau pasangan, mengambil sebarang ubatan, periksa dengan doktor untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesuburan. Mungkin ada pilihan lain.


4. FAKTOR USIA
Usia melebihi 38-40 tahun, bilangan telur semakin berkurangan dan kualiti telur juga akan merosot. Sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor selepas enam bulan mencuba tetapi belum berhasil untuk hamil.  Sekiranya anda berusia 40 tahun ke atas, mintalah nasihat doktor apabila ingin cuba hamil.  Manakala, tidak banyak diketahui tentang kesuburan lelaki yang berusia tetapi dipercayai kesuburan lelaki merosot pada usia 40 tahun.




4. TEKANAN EMOSI/STRESS/MASALAH PSIKOLOGI
Ramai tidak menyedari bahawa stress, tekanan emosi atau masalah psikologi di dalam kehidupan seharian  akan menjejaskan kesuburan seseorang. Pada golongan wanita,stress boleh mempengaruhi kitaran haid mereka. Di bahagian otak manusia, terdapat satu kelenjar besar yang dikenali  sebagai hyphotalamus. Fungsinya adalah mengawal emosi, selera makan dan penghasilan hormon LH dan FSH yang akan merangsang pengeluaran  ovum dari sarangnya. Disebabkan fungsinya saling berkait antara satu sama lain, maka gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon LH dan FSH seterusnya sama ada kitaran haid pada waktu tersebut mengalami ovulasi atau tidak.
Pada golongan lelaki, gangguan emosi akibat stress boleh menyebabkan mati pucuk sementara.
Selain itu, stress dapat mempengaruhi pasangan sama ada lelaki atau perempuan, sehingga menyebabkan pasangan kurang berminat terhadap hubungan intim atau mengurangkan kekerapan bersama sehingga menjejaskan peluang untuk hamil. Oleh itu, usahakan untuk bertenang. 


5. KETIDAKSUBURAN YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN
Ada ketikanya semua ujian klinikal menyatakan keputusan normal namun anda masih belum hamil setelah mencuba selama beberapa tahun. Perkara ini pastinya mengecewakan dan menyedihkan kerana tidak diketahui punca sebenar masalah untuk pembaikan dan rawatan. Dianggarkan lebih kurang satu pertiga pasangan yang mengalami ketidaksuburan yang tidak jelas,akhirnya hamil dalam masa 3 tahun tanpa sebarang bantuan perubatan.




Nak saya bantu anda ?


SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

Your Shaklee Independent Distributor
Fadzli / Farah Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 016-9210042 / 016-9960209
♥ Shaklee ID : 1665070
♥ FB PAGE : Ez-Vitamin
♥ Website : www.ez-vitamin.com
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak Selayang Rawang Kepong Ampang KL
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.





.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.

FADZLI & FARAHANA AERSID (SID 1665070)

Your Shaklee Independent Distributor

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih =)

Coprights @ 2017 ez-vitamin.com Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib