CARA MUDAH HAMIL
Mahu tahu cara mudah hamil? Mari kita lihat apakah
tips-tips agar mudah hamil. Bagi yang benar-benar ingin hamil, bolehlah ikhtiar
menggunakan tips-tips di bawah. Semoga berjaya.
Utamakan makan menu yang sihat
Diet bukan bermakna anda kurang makan atau tidak makan langsung.
Tidak pasal-pasal pula jatuh sakit. Diet yang sihat adalah yang meningkatkan
kesihatan tubuh. Setkan Keutamaan, kena makan menu sihat. Elakkan makan makanan
segera. Jaga BMI(Body Mass Index) agar dalam lingkungan ideal. Bagaimana
dengan supplemen? Pernah dengar tentang asid folik? Mengikut saranan doktor,
sesiapa yang nak mengandung perlu makan asid folik untuk kesuburan.
Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Di samping kena makan makanan
berkhasiat, perlu amalkan gaya hidup sihat, kalau tak sihat macam mana nak
hamil dengan mudah, betul tak?
Suplemen keperluan masa kini
2) MAKAN VITAMIN
Bagi meningkatkan peluang kehamilan, kesihatan badan kita
perlulah dalam keadaan optimum. Jadi makanan tambahan atau suplemen sangatlah
diperlukan bagi menampung kekurangan dari pengambilan pelbagai makanan
berkhasiat secara rutin. Tubuh memerlukan nutrisi lengkap bagi menyokong
kehamilan.
Antara vitamin yang dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan kehamilan adalah
seperti Vitamin E, Zinc, Copper, Potassium, , Vitamin
C, Vitamin D, Thiamin, Vitamin B6, Riboflavin dan Niacin.
Semua vitamin ini terdapat dalam vitalea Shaklee yang
Lengkap dengan segala vitamin dan mineral.
Dapatkan berat badan ideal
Sekiranya anda menghadapi masalah berat badan berlebihan,
usahakan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana, bermacam-macam penyakit
bakal dihadapi terutamanya risiko mendapat darah tinggi dan kencing manis.
Penting untuk kita menjaga kesihatan dari sebelum hamil lagi untuk mengelak
dari terdedah kepada pelbagai komplikasi kehamilan terutamanya kesan dari
tekanan darah tinggi dan kencing manis. Jadi amalkan gaya hidup sihat
seperti bersenam dan pemakanan seimbang serta sentiasa pantau Body Mass
Index (BMI) untuk mengetahui tahap ‘obesiti‘. Jika berminat, anda
boleh mencuba set kurus Shaklee dalam membantu mendapatkan berat badan yang
sihat.
Jus buah-buahan juga salah satu ejen nyah-toksin
Pastinya anda jarang dengar tentang tips ini bukan?
Toksin dalam badan yang tinggi sangatlah tidak baik untuk badan kita. Ada
banyak produk di luar sana yang dapat membantu kita menyah toksin dan bahan
kimia dalam badan. Shaklee juga mempunyai set untuk detoks.
Suasana bilik tidur romantik, dapat menaikkan mood.
Frekuensi atau berapa kerap anda melakukan hubungan seksual
bergantung kepada setiap pasangan. Tidak ada angka khusus yang dapat memastikan
berapa kali seseorang harus bersama untuk hamil. Ada yang hamil dengan sekali
sahaja tetapi terdapat juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Perkara
penting adalah seberapa kerap anda lakukan hubungan intim pada waktu yang
terbaik untuk hamil.
Waktu subur bantu meningkatkan peluang untuk hamil.
Dalam usaha untuk meningkatkan peluang untuk hamil, penting
untuk kita ketahui waktu terbaik bagi berlakunya ovulasi pada seseorang wanita.
Waktu terbaik untuk bersama adalah pada waktu subur atau ketika proses ovulasi
berlaku pada seseorang wanita.
Telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam. Sedangkan
sperma pula dapat hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita.
Oleh itu, hubungan intim sebelum waktu ovulasi adalah lebih baik
untuk meningkatkan peratusan kehamilan berbanding satu atau dua hari selepas
ovulasi.
Pastikan anda ketahui diri sendiri. Pelajari kitaran haid atau
‘period’ untuk waktu yang tepat. Hanya anda yang arif tentang diri anda.
Cari ‘gynaecologist’ yang berpengalaman
Sekiranya anda sudah 1 tahun berkahwin tetapi masih belum hamil
sedangkan anda tidak mencegah kehamilan, anda perlu berwaspada. Silalah
berjumpa dengan doktor yang pakar. Doktor akan melakukan ujian
kesuburan untuk kedua suami isteri bagi mengetahui punca dan masalah
kesuburan. Pastikan anda memilih doktor yang betul-betul berpengalaman.
Bukan sekadar pelukan sahaja.
Posisi seks yang disarankan untuk meningkatkan kemungkinan
terjadinya kehamilan adalah lelaki berada di atas.
Tenang dalam penyelesaian masalah
Pastinya cara cepat hamil ini sukar dilakukan oleh wanita
bekerjaya. Walaupun tekanan itu sudah jadi kebiasaan, cuba rehatkan diri
secukupnya. Ini kerana terlalu tertekan tidak akan membantu malah akan
mempersulitkan keadaan.
Bagi yang mengalami keguguran, pastinya akan lebih tertekan.
Usah terlalu memikirkannya. Ingatlah, semua itu kerja Allah. Allah pasti akan
mengantikan dengan yang lebih baik. Fikir positif, tenangkan diri serta usaha
lagi.
Katakan tidak pada rokok
Tembakau, alkohol mahupun dadah dapat mempengaruhi kesuburan
lelaki dan wanita. Ianya juga memudaratkan bayi sebelum dan selepas dilahirkan.
Nasihatkan serta bantu suami yang menjadi perokok tegar untuk berhenti merokok.
Sekiranya isteri itu sendiri merokok cepat-cepat berhenti. Kajian
saintifik mengatakan apabila seseorang itu merokok, ia akan menyumbang kepada
ketidaksuburan dan masa yang lebih lama untuk mengandung. Sekiranya ingin
berhenti merokok terdapat produk shaklee yang mampu membantu anda.
Elak pengambilan Kafein sementara waktu
Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang
meminum lebih dari 1 cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan
sebanyak 50%. Kafein yang ada dalam kopi dapat menganggu perpindahan telur dari
ovari ke rahim. Kajian lain ada juga menyebutkan bahawa kafein dalam kopi boleh mengganggu pematangan sel telur.
Oleh itu, bagi wanita
yang ingin hamil,harus meninggalkan pengambilan kafein. Semakin banyak wanita
itu minum kopi dalam sehari, semakin rendah kebarangkalian untuk hamil. Jika peminat tegar, apa
salahnya tinggalkan sementara?
Doa Agar di kurniakan zuriat
Doa Agar di kurniakan zuriat
Nak saya bantu anda ?
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
Your Shaklee Independent Distributor..................................C.O.DBatu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................PENGEPOSANSeluruh Malaysia
ATAU
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
Nak saya bantu anda ?
.................................
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih =)