Ibu yang
mengandung adalah wanita yang seharusnya sihat. Kehamilan adalah proses
fisiologi yang normal. Namun ibu yang hamil lebih mudah menderita pelbagai
penyakit kesan daripada kehamilan tersebut. Antara penyakit yang sering dialami
ibu mengandung adalah buasir.
Buasir
atau dipanggil haemorrhoids dalam bahasa inggeris adalah berpunca daripada
salur darah vena yang membesar dibahagian bawah rektum dan dubur. Ianya akan
memberikan masalah apabila bahagian tersebut menjadi radang atau bengkak.
Buasir
merupakan penyakit yang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa tanpa
mengira umur.
Mengapakah wanita hamil sering mengalami
buasir?
Wanita
hamil berkemungkinan mengalami buasir disebabkan oleh tekanan yang dialami daripada berat bayi yang sedang
membesar dan juga kesan daripada perubahan hormon. Masalah sembelit yang sering
dihadapi ibu hamil juga boleh mengakibatkan terjadinya buasir.
Buasir
merupakan perkara biasa ketika hamil. Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil
terkena buasir terutama semasa trimester terakhir kehamilan.
Dianggarkan 1 daripada 10 wanita hamil terkena buasir
Apakah Kategori Buasir?
Kategori
buasir boleh dibahagikan kepada dua bahagian mengikut lokasinya iaitu buasir
luaran dan buasir dalaman.
Buasir Luaran
Merupakan
salur darah vena yang bengkak di lapisan bawah kulit luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau
bengkak semasa membuang air besar. Tahap kesakitan yang dirasai setiap
indidvidu adalah berbeza. Sesetengah mungkin merasa panas atau pedih, tetapi
ada juga yang merasa sedikit kurang
selesa. Sakit yang teramat mungkin terjadi akibat salur darah yang tersumbat
disebabkan darah beku.
Buasir Dalaman
Merupakan
salur darah vena yang bengkak dibahagian dalam rektum. Pesakit akan mengadu
mempunyai pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan . Ada juga pesakit
merasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air
besar. Unjuran ini ada yang perlu ditolak balik ke dalam namun ada juga yang hilang dengan sendirinya.
Apakah tips yang boleh
diamalkan bagi mengatasi buasir ketika hamil?
1- Makan
makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran,buah-buahan, roti bijirin penuh,
pasta bijirin penuh dan beras perang.
2- Minum
banyak air kosong dalam 2-3 liter sehari agar anda kekal terhidrat serta
memastikan najis berkeadaan lembut.
3- Bersihkan
tempat yang terjejas dengan lembut selepas membuang air besar. Lap dengan tuala lembut atau tisu tandas lembut tanpa bau pewangi. Bersihkan dengan kerap agar kebersihan tetap terjaga.
4- Bersegeralah ke tandas ketika terasa ingin membuang air
besar. Menunda masa akan menyebabkan sembelit terjadi.
5- Cuba menaikkan kaki ke atas bangku ketika membuang air
besar. Ini dapat membantu memudahkan proses pembuangan air besar.
6- Mandi air suam bagi mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
Elakkan menggaru di tempat yang gatal kerana boleh memburukkan keadaan.
7- Tuam dengan benda sejuk seperti pek ais bagi memberikan
kelegaan di sekitar dubur. Ianya juga mampu mengurangkan bengkak.
Namun,
sekiranya telah mencuba tips di atas tetapi masalah tersebut masih tidak
selesai, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Selain
daripada tips di atas, pengambilan supplemen juga dapat membantu mengatasi
masalah sembelit ketika hamil. Saya syorkan anda mencuba set buasir ibu hamil
shaklee yang terdiri daripada:-
Ostematrix:
Mengandungi kalsium magnesium yang membantu
melawaskan pembuangan
Omega
Guard: Mengandungi minyak ikan omega-3 yang
mampu mengurangkan bengkak atau keradangan akibat buasir.
Vitamin
C: Berfungsi dalam membantu mempercepatkan penyembuh luka akibat buasir.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba supplemen sebagai ikhtiar, hubungi saya segera untuk mendapatkan set buasir ibu hamil.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp saya.Insyaallah saya sedia membantu.
Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee (khas untuk pembelian dengan saya) / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya
Nak saya bantu anda ?
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
Your Shaklee Independent Distributor
..................................
C.O.D
Batu Caves > Gombak > Selayang > Rawang > Kepong > Ampang > KL
.................................
.................................
PENGEPOSAN
Seluruh Malaysia
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 35 untuk keahlian Seumur hidup.
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-vitamin.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
syukur bini takde masalah buasir sepanjang hamil nih.
ReplyDeleteleh la baca jap.
ReplyDeleteada modal sikit nak bercerita dengan bini nanti.
hoho